:)
Drama kitab cinta mmg terbaik! ;p byk pengajaran yg aku dpt drpd cite ni...
ramai org tak pasan cite ni wujud sbb cite ni ditygkan time org ramai tgh demam nora elena...termasukla aku...agak ketinggalanla aku sbb baru tahu ttg kewujudan cite yg best ni...
thumbs up to erma fatima the director :D
i love both fazura & hardy paired up for this drama...
walaupun scene dorg tak byk tapi aku dpt rase chemistry wujud antara dorg walau dgn melalui tatapan mata ke mata...wow..haha
ni die;
ni vid kali pertama bertatapan mata..;p
puisi wali utk mustika <3
Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhiduka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasilmenghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahunmalamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalahpenyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.
Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..
Salam dari gembala rindu, Wali
cair aku dgr puisi wali ni ;p
No comments:
Post a Comment